Akaun maahadpengajianislam.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

" GANJARAN PAHALA BERTERUSAN BUAT SEMUA YANG TERUS MEMBANTU PERJALANAN PENDIDIKAN MPI "

" GANJARAN PAHALA BERTERUSAN BUAT SEMUA YANG TERUS MEMBANTU PERJALANAN PENDIDIKAN MPI "
MEMERLUKAN RM 6,820,000 BAGI PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR MAAHAD PENGAJIAN ISLAM

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)

Sedekah adalah amal jariah yang paling mulia dan mengalirkan pahala terus-menerus tanpa terputus sehingga hari kiamat. Sedekah mencerminkan puncak kemurahan hati kita kerana menuntut kita untuk menahan harta terbaik dan yang paling kita cintai.
Harta terbaik dan paling dicintai itu selanjutnya akan dimanfatkan untuk kepentingan yang lebih luas, dan memberikan manfaat bagi siapapun yang memerlukan. InsyaAllah


Pelajar - pelajar Maahad Pengajian Islam sedang menjalani perhimpunan pagi.


Maahad Pengajian Islam ditubuhkan pada 17 hb Julai 1959 dengan menumpang di bawah bumbung “Maahad Muhammadi” Jalan Merbau Kota Bharu. Pada permulaannya Maktab ini dikenali sebagai Maktab Pengajian Islam. Maktab ini ditaja oleh Persatuan Guru-Guru Ugama Kelantan (PERGERAK). Persatuan ini dipengerusi oleh Al-Fadhil Ustaz Hj.Hassan Bin Hj Idris. Setelah pengajaran dan pembelajaran Maktab ini berjalan selama 6 bulan barulah di adakan acara perasmian oleh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan (bilangan 6 dalam MUIS 59/62 bertarikh 1hb September 1959 dengan tenaga pengajarnya seramai 7 orang). Pada tahun 1967 Maktab ini dibangunkan di atas tapaknya sendiri di Jalan Pekeliling (kini ditukar nama dengan Jalan Long Yunus) dengan berganding bahu antara maktab ini dengan Madrasah Al-Lanah yang kedua-duanya sama-sama menumpang di bangunan Maahad Muhammadi semasa awal penubuhan. Awal bulan Mac 1968 sekolah ini ditukar namanya dengan nama baru iaitu “Maktab Pengajian Islam” atau dalam bahasa Arabnya “Maahad Ad-Dirasatil Islamiah” selepas itu Madrasah Al-Lanah diserapkan ke dalam Maktab Pengajian Islam ini.

Kemudian pada tahun 1973, Madrasah Tarbiah Al-Islamiah Dusun Raja, Kota Bharu, diserapkan pula ke dalam maktab ini. Maktab ini terus berkembang maju sehinggalah tahun 1988 apabila diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan sehingga sekarang.

 TUJUAN DANA 

Tujuan utama dana dikumpulkan ialah untuk membiayai kos pembinaan asrama bagi para pelajar Maahad Pengajian Islam. Pihak maahad dalam proses untuk menyediakan penempatan yang selesa untuk para pelajar dengan menyediakan fasiliti yang lebih lengkap dan memberi kemudahan kepada pelajar juga pihak sekolah. 2 bidang tanah lot diperlukan bagi menjayakan projek pembinaan asrama ini yang berjumlah RM 3.07 Juta.




In shaa Allah, dengan berkat sumbangan daripada mereka yang dermawan, pihak sekolah dan para pelajar Maahad Pengajian Islam dapat menerima kemudahan-kemudahan dari segi:

1) Asrama baru bagi pelajar lelaki dan perempuan 2) Jejantas bagi menghubungkan bangunan sekolah dan Masjid Al Ihsan 3) Dewan terbuka untuk kegunaan pihak maahad dan pelajar


Para pendidik dan staf Maahad Pengajian Islam sedang menjalani program Maulidur Rasul di sekolah.


 SASARAN DANA 

Sasaran dana yang diperlukan bagi menyiapkan pembinaan adalah sebanyak RM 84,000/sebulan menjadikan kos kesuluruhan bagi pembinaan ini adalah sebanyak RM 3.5 Juta. Dana ini akan digunakan sepenuhnya bagi menyiapkan projek-projek pembinaan dan kos operasi Maahad Pengajian Islam.

Kami amat berbesar hati sekiranya tuan puan bermurah hati, membantu kami untuk pembangunan yang seterusnya. Sumbangan ikhlas tuan puan terlalu bermakna untuk pembangunan Maahad Pengajian Islam dan keseluruhan warganya.

Hanya Allah sahaja yang layak memberikan syurga Al-Firdaus serta keredhaanNya ke atas tuan puan sekalian. 



DANA DIGUNAKAN UNTUK : 


Anggaran keseluruhan perbelanjaan adalah sebanyak RM6,820,000.00 yang meliputi kos pembinaan dan kos pengurusan maahad. 

Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan : 

  • Sebidang Tanah Lot 1204 : RM570,000
  • Pembinaan Asrama Baru : RM3,000,000
  • Pembinaan Jejantas Tingkat Dua Antara Bangunan Sekolah Ke Masjid Al Ihsan : RM250,000
  • Pembinaan Dewan Terbuka : RM500,000
  • Pembelian Tanah Di Hadapan Sekolah Lot 4130 : RM2,500,000


 BERAPA YANG DIPERLUKAN ? 


Pihak maahad memerlukan sebanyak RM 50,000 setiap bulan bagi menanggung kos keseluruhan pembinaan asrama dan operasi yang perlu dibayar bagi keberlansungan pembinaan.


 BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU ?       

 

Untuk memudahkan saudara/saudari menghulurkan bantuan, pihak kami telah menyusun mengikut pakej seperti di bawah:

 

 

LOT INFAQ DERMAWAN - RM 3000

LOT INFAQ PEMURAH - RM 1000

LOT INFAQ PRIHATIN - RM 500

LOT INFAQ SEHATI - RM 100

LOT INFAQ SEJIWA - RM 50

LOT INFAQ SEIKHLAS HATI - RM 10





Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Nama : KEBAJIKAN PELAJAR MAAHAD PENGAJIAN ISLAM

No Akaun : 0301 8010 0578 64

Letakkan reference "MPI" untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.


 Firman Allah SWT maksudnya : "Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui" - Surah Al Baqarah : 261 

Semoga segala keprihatinan, perhatian dan sumbangan ikhlas tuan/puan ALLAH berkatinya dan membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran, diberkati rezeki dan umur dengan keberkatan sedekah jariah ini.


Penafian: 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 0199528526 (Maahad Pengajian Islam)