Akaun maahadpengajianislam.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


Amalan Sedekah:

Ganjaran Pahala Berganda, Nikmat Dikongsi Bersama



.

Alhamdulillah, berkat kesabaran bersama, kita dapat menempuh bulan Ramadan dengan penuh khusyuk dan sabar. Setelah sebulan menempuh madrasah Ramadan dengan semangat dan norma baru, pasti sahaja rutin amalan Ramadan yang kita amalkan dulu masih lagi sebati dengan diri kita.

.

Tidak dinafikan, kemeriahan menyambut bulan Ramadan dan Syawal kali ini agak berbeza berbanding tahun sebelumnya. Musim pandemik kali ini telah menjadikan umat Islam di serata dunia lebih mensyukuri nikmat yang dikurniakan. Lagi-lagi buat mereka yang amat terkesan dengan keadaan pandemik ini. 

.

Hikmah pandemik kali ini telah membuka mata kita untuk melihat isi alam yang bersifat sementara. Oleh itu, selagi berdaya, gunakan peluang yang ada ini untuk menjadi hamba yang bermanfaat di dunia. Luangkan sedikit masa untuk membantu mereka yang dalam kesempitan lagi-lagi di musim pandemik ini.

.

Insya-Allah, segala amal kita ini akan menjadi 'burhan' yakni bukti di hari kebangkitan kelak. Rasulullah telah bersabda;

“Solat adalah cahaya, sedekah merupakan bukti, sabar itu sinar panas, sementara Al-Quran bisa menjadi pembelamu atau sebaliknya, menjadi penuntutmu.” (HR. Muslim 223)

.




JANGAN LENGAHKAN MASA LAGI! JOM KITA BERSEDEKAH!


DANA RM 6,250,000 DIPERLUKAN

BAGI PEMBINAAN ASRAMA PELAJAR MAAHAD PENGAJIAN ISLAM



.

TUJUAN DANA

 

Kini, pihak Maahad Pengajian Islam sedang dalam proses membina penempatan yang selesa untuk para pelajar dengan menyediakan fasiliti yang lebih lengkap dan memberi kemudahan kepada pelajar dan juga pihak sekolah.

 

InshaAllah, dengan berkat sumbangan daripada tuan puan yang dermawan, kini pihak sekolah dan para pelajar Maahad Pengajian Islam dapat menerima kemudahan-kemudahan dari segi:

✔️Asrama baru bagi pelajar lelaki dan perempuan

✔️Jejantas bagi menghubungkan bangunan sekolah dan Masjid Al Ihsan

✔️ Dewan terbuka untuk kegunaan pihak maahad dan pelajar


.


PEMBAHAGIAN DANA



Sasaran dana yang diperlukan bagi menyiapkan pembinaan adalah sebanyak RM 84,000/sebulan menjadikan kos keseluruhan bagi pembinaan ini adalah sebanyak RM 3.5 juta.


==== 


Berikut adalah pecahan kos yang diperlukan :

 

Pembinaan Asrama Baru : RM3,000,000

Pembinaan Jejantas Tingkat Dua Antara Bangunan Sekolah Ke Masjid Al Ihsan : RM250,000

Pembinaan Dewan Terbuka : RM500,000

Pembelian Tanah Di Hadapan Sekolah Lot 4130 : RM2,500,000



BAGAIMANA BOLEH ANDA MEMBANTU?

 

Untuk memudahkan urusan anda untuk menyumbang, pihak kami telah menyediakan platform yang mudah untuk menyumbang dengan beberapa pakej yang menarik di bawah.

 

 PAKEJ PLATINUM = RM500

PAKEJ DIAMOND = RM300

 PAKEJ GOLD = RM100

  PAKEJ SILVER = RM50

 PAKEJ BASIC = RM30

 PAKEJ SEIKHLAS HATI = RM10


Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :


BANK : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

NAMA : KEBAJIKAN PELAJAR MAAHAD PENGAJIAN ISLAM

NO AKAUN : 0301 8010 0578 64


Sila letakkan rujukan"MPI2021" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan



No. Pendaftaran Sekolah: DXM1003


Terima kasih yang tidak terhingga kepada usaha tuan puan yang selalu membantu pihak Maahad Pengajian Islam, menyediakan kediaman asrama yang selesa buat anak-anak pelajar di maahad ini.

Semoga segala keprihatinan dan bantuan yang disumbangkan pada bulan Syawal ini diberkati Allah SWT dan dikurniakan ganjaran dan pahala yang berlipat kali ganda. Saya mendoakan agar kita semua istiqomah dengan mengekalkan momentum ibadah.

Amin ya Rabbal Alamin.



Penafian: 

 

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi  : 019-952 8526 (Maahad Pengajian Islam).

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.